pendidikan
SIStem pendidikan mklc
Pendidikan MKLC menggunakan silibus Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Sukatan pelajaran MKLC menggunakan pendekatan Jabatan Agama Islam Selangor & Majlis Ugama Islam Singapore. Kedua-dua silibus ini telah menjadi sebahagian daripada pendekatan pendidikan di silibus disamping beberapa metode tambahan berdasarkan kepada keperluan anak didik kami di MKLC. Sehingga kini sistem silibus ini banyak membantu memperkembangkan pemikiran dan karekter anak didik kami yang bukan sahaja mempelajari ilmu Al-Quran seterusnya proses praktik turut diberikan penekanan yang menyeluruh.
PEMBANGUNAN MINDA
Aspek ini menekankan kepada pembinaan struktur kognitif kanak-kanak agar dapat membuat penilaian yang berjajaran dengan logik pemikiran disamping mewujudkan perasaan ingin tahu “Curiosity” di kalangan pelajar sama ada individu atau kolektif.
PEMBANGUNAN KAREKTER
Sifat semulajadi telah sedia ada pada setiap manusia dan ini perlu dilatih dan dilentur. MKLC mempunyai pendekatan tersendiri dalam menangani pembentukkan karakter kanak-kanak peringkat rendah yang pelbagai ragam. Pendekatan ini tidak semestinya sesuai memandangkan ia mengikut pola psikologi setiap daripada anak didik kami. Setiap psikologi ini berbeza dan mempunyai kesan yang sendiri. Kami di MKLC berusaha untuk melentuk karekter ini agar sejajar dengan Al-Quran dan As-Sunnah.